Friday, June 2, 2023

SAINS TINGKATAN 3 - BAB 1 - Latihan Praktis Formatif 1.2 - 1.2 Rangsangan dan Gerakbalas dalam Manusia

 

Praktis Formatif 1.2
1.2 Rangsangan dan Gerakbalas dalam Manusia

1. Lengkapkan mekanisme penglihatan yang berikut :

    (a) Kornea (b) Pupil (c) Retina (d) Otak

1.     2. Struktur telinga yang manakah tidak akan mempengaruhi mekanisme pendengaran sekiranya rosak?

   Salur separuh bulat.

2.    3. Dimanakah kedudukan sel deria bau?

   Di bahagian atas rongga hidung.

 4. Nyatakan lima rasa yang boleh dikesan oleh lidah.

    Manis, masin, masam, pahit, umami

4.      5. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit terhadap rangsangan.

    Bilangan reseptor dan ketebalan epidermis kulit

5.      6. (a) Nyatakan jenis rangsangan yang dapat dikesan oleh lidah.

      Lima jenis rasa, sentuhan, kesakitan, objek yang panas, objek yang sejuk, tekanan.

    (b) Jelaskan bagaimana rangsangan di soalan 6(a) dapat dikesan oleh lidah.

      Lima jenis rasa dapat dikesan oleh reseptor-reseptor rasa dalam tunas rasa pada lidah. Oleh             sebab lidah dilindungi oleh kulit yang mempunyai reseptor sentuhan, kesakitan, haba, sejuk             dan  tekanan, lidah dapat mengesan sentuhan, kesakitan, objek yang panas, objek yang sejuk           dan tekanan.



SAINS TINGKATAN 3 - BAB 1 - Latihan Praktis Formatif 1.1 - Sistem Saraf Manusia

 

Praktis Formatif 1.1
1.1 Sistem Saraf Manusia

1.       Nyatakan dua bahagian utama dalam sistem saraf manusia.
Sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi

2.       (a) Apakah tindakan terkawal? Berikan satu contoh tindakan terkawal.
Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari, dilakukan mengikut kehendak
seseorang dan dikawal oleh otak.
Contoh tindakan terkawal ialah membaca, menulis, bercakap, makan, minum, berjalan, berlari, bersenam, menyanyi.

(b) Apakah tindakan luar kawal? Berikan satu contoh tindakan luar kawal?
Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku serta-merta tanpa disedari atau difikirkan terlebih dahulu.
 Contoh tindakan luar kawal ialah denyutan jantung, pernafasan, peristalsis, rembesan air liur dan bersin.
 
3.       Apakah yang berlaku sekiranya seseorang mengalami kecederaan otak ?
Orang yang mengalami kecederaan otak tidak dapat melakukan tindakan terkawal atau luar kawal yang melibatkan otak, kerana sel saraf dalam otak manusia yang cedera tidak dapat mentafsir impuls daripada afektor dan tidak dapat menghantar impuls ke efektor.
 
4.       Apakah kepentingan rangkaian sistem saraf manusia dalam kehidupan? 
Rangkaian sistem saraf manusia berfungsi mengawal dan mengkoordinasikan organ dan bahagian badan supaya menjalankan proses dalam badan untuk terus hidup dan melakukan aktiviti harian.