Tuesday, June 9, 2020

Ulangkaji Tingkatan 2 : Bab 5 - Menentukan komposisi unsur di dalam molekul air (Elektrolisis)

 Menentukan komposisi unsur di dalam molekul air


1. Apabila arus elektrik dihidupkan, gelembung gas terbentuk pada elektrod.
       
2. Selepas 10 minit,
  (a) ketinggian gas dalam tabung uji P:  3 cm3  (Oksigen)
  (b) ketinggian gas dalam tabung uji Q:  6 cm3  (Hidrogen)

3. Cara menguji kehadiran gas oksigen dan hidrogen.
    Oksigen : Menggunakan kayu uji berbara, kayu uji berbara akan menyala.
    Hidrogen : Menggunakan kayu uji menyala, kayu uji menyala akan terpadam dan menghasilkan                            bunyi 'pop'.

4.  Nisbah ketinggian gas yang terkumpul dalam P berbanding dengan Q ialah 1:2.

5. Formula air ialah H2O.

6. Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.

7. Asid hidroklorik cair membolehkan arus mengalir dalam air dengan lebih baik kerana air ialah konduktor elektrik yang lemah.

Sunday, June 7, 2020