LATIHAN SISTEM PENCERNAAN
Koleksi Contoh Soalan UASA, Ulangkaji Sains UASA, Ulangkaji Sains Tingkatan 1, 2 dan 3, Nota Sains PT3, Contoh Soalan & Jawapan Sains Tingkatan 1,2 dan 3,
Saturday, June 17, 2023
Friday, June 2, 2023
SAINS TINGKATAN 3 - BAB 1 - Latihan Praktis Formatif 1.2 - 1.2 Rangsangan dan Gerakbalas dalam Manusia
Praktis Formatif 1.2
1.2 Rangsangan dan Gerakbalas dalam Manusia
1. Lengkapkan mekanisme penglihatan yang berikut :
1. 2. Struktur
telinga yang manakah tidak akan mempengaruhi mekanisme pendengaran sekiranya
rosak?
Salur separuh bulat.
2. 3. Dimanakah
kedudukan sel deria bau?
Di bahagian atas rongga hidung.
4. Nyatakan lima rasa yang boleh dikesan oleh lidah.
Manis, masin, masam, pahit, umami
4. 5. Nyatakan
dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit terhadap rangsangan.
Bilangan reseptor dan ketebalan epidermis kulit
5. 6. (a) Nyatakan jenis rangsangan yang dapat dikesan oleh lidah.
Lima jenis rasa, sentuhan, kesakitan, objek yang panas, objek yang sejuk, tekanan.
(b) Jelaskan
bagaimana rangsangan di soalan 6(a) dapat dikesan oleh lidah.
Lima jenis rasa dapat dikesan oleh reseptor-reseptor rasa dalam tunas rasa pada lidah. Oleh sebab lidah dilindungi oleh kulit yang mempunyai reseptor sentuhan, kesakitan, haba, sejuk dan tekanan, lidah dapat mengesan sentuhan, kesakitan, objek yang panas, objek yang sejuk dan tekanan.
SAINS TINGKATAN 3 - BAB 1 - Latihan Praktis Formatif 1.1 - Sistem Saraf Manusia
1.1 Sistem Saraf Manusia
1. Nyatakan dua bahagian utama dalam sistem saraf manusia.
Sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi
2. (a) Apakah tindakan terkawal? Berikan satu contoh tindakan terkawal.
Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari, dilakukan mengikut kehendak
seseorang dan dikawal oleh otak.
Contoh tindakan terkawal ialah membaca, menulis, bercakap, makan, minum, berjalan, berlari, bersenam, menyanyi.
Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku serta-merta tanpa disedari atau difikirkan terlebih dahulu.
Contoh tindakan luar kawal ialah denyutan jantung, pernafasan, peristalsis, rembesan air liur dan bersin.
Orang yang mengalami kecederaan otak tidak dapat melakukan tindakan terkawal atau luar kawal yang melibatkan otak, kerana sel saraf dalam otak manusia yang cedera tidak dapat mentafsir impuls daripada afektor dan tidak dapat menghantar impuls ke efektor.
Rangkaian sistem saraf manusia berfungsi mengawal dan mengkoordinasikan organ dan bahagian badan supaya menjalankan proses dalam badan untuk terus hidup dan melakukan aktiviti harian.